Page 139 - JALAN PULANG
P. 139

11




                                                   SURATAN JODOH




                          Selepas menunaikan solat Asar di surau Pak Latip terus pulang ke


                   rumah.  Setibanya  di  rumah  Pak  Latip  yang  berketayap  putih,  berbaju

                   Melayu  berwarna  biru  muda  dan  berkain  pelikat  duduk  di  atas  kerusi


                   kusyen.  Angin  dari  arah  bukit  bertiup  lembut  membelah  seluruh

                   kampung. Cuaca kelihatan cerah.




                          “Minum, bang,” pelawa Mak Kiah sambil meletakkan secawan air


                   kopi dan sepinggan lepat pisang di atas meja.




                          Pak Latip kemudiannya lalu meneguk air kopi perlahan-lahan.




                          “Sedap lepat pisang ni,” kata Pak Latip.




                          “Pisang  yang  abang  bawa  balik  dari  kebun  semalam.  Bang.  Tadi

                   Johan datang,” Mak Kiah sebaliknya bersuara.





                          “Ada apahal dia kemari?” soal Pak Latip pula.










                                                             139
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144