Page 141 - JALAN PULANG
P. 141

“Syukur  alhamdulillah.  Marilah  kita  sama-sama  berdoa  semoga

                   apa yang kita rancangkan ini akan direstui oleh Allah SWT,” tambah Pak


                   Latip.




                          Sementara itu di rumah Johan.




                          “Azam. Ada perkara yang ayah nak cakap,” Johan bersuara.




                          “Perkara apa, ayah? Kalau pasal bisnes kita bincang aje di pejabat.


                   Bukannya di rumah,” celah Azam.




                          “Ini  bukan  soal  bisnes.  Ayah  dah  buat  keputusan  nak  jodohkan

                   kau  dengan  Maimunah  pekerja  syarikat  kita  tu,”  terang  Johan  yang


                   duduk di atas kerusi antik mewah.




                          “Apa?  Abang  nak  jodohkan  Azam  dengan  Maimunah.  Abang  tak

                   malu  ke.  Pekerja  syarikat  dijadikan  menantu,”  Faridah  menyampuk


                   dengan rasa terkejut apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada

                   mulut suaminya itu.





                          “Betul  kata  mak  tu.  Ayah  kan  tahu  yang  saya  berkawan dengan

                   Sherin.  Dah  suka  sama  suka.  Kenapa  pulak  saya  harus  berkahwin

                   dengan Maimunah pilihan ayah,” ucap Azam pula.





                                                             141
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146