Page 137 - JALAN PULANG
P. 137

Munir  sebaliknya  hanya  berdiam  diri  sambil  tunduk  memegang

                   daun-daun sayur yang telah hancur.





                          “Kita  tak  boleh  berdiam  diri,  tok.  Kita  mesti  cari  sampai  dapat

                   mereka  yang  melakukan  angkara  ini.  Kalau  saya  dapat  nanti  tahulah


                   saya  mengajarnya  cukup-cukup!”  kata  Sidik  dengan  perasaan  yang

                   penuh geram.




                          “Jangan  bertindak  terburu-buru,  Sidik.  Kita  kan  ada  undang-


                   undang. Lebih baik kita laporkan saja perkara ini pada pihak berkuasa,”

                   ujar Tok Ketua pula.




                          Munir lalu bangun dan mendongakkan kepala tinggi sedikit.




                          “Kita  mesti  bangkit  semula.  Sekali  kita  ke  depan.  Tidak  sesekali


                   kita akan ke belakang bila gagal. Kita mesti bina semula projek tanaman

                   semula  yang  telah  musnah  ini.  Insya-Allah.  Kita  di  pihak  yang  benar.


                   Kejayaan akan bersama kita.” Munir membakar kata-kata semangat.




                          Ternyata  rancangan  jahat  Adnan  tidak  melemahkan  semangat


                   Munir,  Sidik  dan  anak-anak  muda  kampung.  Malahan  hasil  tanaman

                   mereka  amat  menggalakkan  berbanding  dengan  yang  terdahulu.

                   Jabatan  Pertanian  telah  menganugerahkan  Pertanian  Cemerlang.  Bagi





                                                             137
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142