Page 167 - JALAN PULANG
P. 167

dari  masalah  yang  membelenggu  awak  selama  ini.  Insya-Allah.  Tuhan

                   tidak  akan  mensia-siakan  permintaan  hambanya  yang  mahu  berubah


                   macam awak,” kata Nora lagi.




                          Tanpa disedari titis-titis air mata mengalir membasahi pipi Amri.




                          Rasa  penyesalan  benar-benar  terbit  di  hatinya.  Gadis  bernama


                   Nora  yang  cuba  dipikatnya  umpama  cahaya  yang  menerangi  hidupnya

                   yang selama ini diselubungi dengan kegelapan.




                          Dengan perlahan-lahan Amri mengangkat muka bersama air mata


                   yang mengalir memandang wajah Nora.




                          “Terima kasih, Nora …. Kerana telah menyedarkan saya …,” ucap

                   Amri  dalam  nada  suara  yang  terputus-putus  kerana  sebak  menahan


                   tangisan.




                          “Syukur alhamdulillah …,” Nora sebaliknya membalas lembut.




                          Sekembalinya ke rumah petang itu Amri lalu duduk di atas kerusi


                   sofa berhadapan dengan ayah dan ibunya.










                                                             167
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172