Page 168 - JALAN PULANG
P. 168

“Mak  ….  Ayah  ….  Amri  minta  maaf  sekiranya  apa  yang  Amri

                   cakapkan ini mengguris hati ayah dan mak,” dia bersuara.





                          Rasa  terkejut  jelas  terpancar  di  wajah  ayah  dan  ibunya  sambil

                   saling berpandangan.




                          “Apa  dia,  Amri?  Cakaplah.  Ayah  dan  mak  sedia  mendengarnya,”


                   ayahnya bersuara. Memberi peluang kepada Amri untuk meluahkan apa

                   yang terbuka di hatinya.




                          Bukan  setakat  terperanjat  sahaja  rasa  hairan  turun  dirasakan


                   oleh ibunya. Tak pernah Amri bercakap lembut begini. Setahunya Amri

                   seorang anak yang degil dan memberontak sejak dari kecil lagi apabila


                   ditegur melakukan kesalahan.




                          “Ya,  Amri!  Apa  yang  kau  nak  beritahu  mak  dan  ayah,”  ibunya

                   menambah pula.




                          “Amri  selama  ni  sesat.  Amri  banyak  membuang  masa  dengan


                   kawan-kawan menyertai lumba haram. Semuanya ini kerana Amri rasa


                   bosan  dan  dahaga  kasih  sayang  ayah  dan  mak.  Amri  tahu.  Ayah  dan

                   mak  selalu  sibuk  dengan  perniagaan.  Sehingga  tak  ada  masa  dengan








                                                             168
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173