Page 175 - JALAN PULANG
P. 175

“Hello!  Waalaikumsalam.  Ya,  Encik  Tahir.  Tender  perumahan

                   Taman  Bukit  Melati  Fasa  2.  Ya.  Syarikat  saya  ada  masuk.


                   Alhamdulillah.  Baik,  Encik  Tahir.  Terima  kasih.  Waalaikumsalam,”  dia


                   membalas.




                          “Saya ada berita baik, Sabri,” ucap Datuk Borhan dengan pantas.

                   Sebaik-baik sahaja selesai menjawab panggilan telefon itu.




                          “Kita dapat tender perumahan Taman Bukit Melati Fasa 2,” Sabri


                   mencelah.




                          “Benar, Sabri!” angguk Datuk Borhan.




                          “Syukur  alhamdulillah.  Rezeki  syarikat  kita,  Datuk,”  tambahnya

                   lagi.




                          “Berkat  kerja  keras  awak  jugak,  Sabri,”  Datuk  Borhan


                   mendongakkan kepala tinggi sedikit memandang wajah Sabri.




                          Tengah  hari.  Baharuddin  duduk  di  atas  pangkin  sambil


                   melepaskan  pendangan  ke  arah  bukit-bukau  yang  subur  menghijau.

                   Berhadapan dengan rumahnya yang jelas kelihatan.








                                                             175
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180