Page 179 - JALAN PULANG
P. 179

“Tapi  kejayaan  yang  saya  nikmati  hari  ni  tak  semudah  datang

                   bergolek,” Datuk Borhan bersuara tenang.





                          “Banyak  halangan  dan  rintangan  yang  terpaksa  Datuk  hadapi?”

                   sampuknya pula dengan pantas.




                          “Benar, Sabri!” Datuk Borhan mengangguk-anggukkan kepala dan


                   menarik nafas yang panjang.




                          “Saya berpatah arang berkerat rotan dengan abang kandung saya

                   sendiri  …,”  dia  menyambung  dengan  mengeluarkan  nada  suara  yang


                   lemah.




                          Sabri sebaliknya hanya mendiamkan diri. Dia memandang dalam-

                   dalam  wajah  Datuk  Borhan.  Mendengar  dengan  penuh  minat  kisah


                   silam pengurus syarikat tempat dia bekerja.




                          “Puncanya saya minta geran tanah pusaka milik arwah ayah saya.

                   Untuk dijadikan cagaran pinjaman bank untuk membuka syarikat. Tapi


                   dia  enggan  menyerahkannya  kepada  saya.  Katanya  dia  memegang


                   wasiat arwah ayah saya. Tanah itu mesti diusahakan dan jangan dijual,”

                   ucap Datuk Borhan lagi.








                                                             179
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184