Page 181 - JALAN PULANG
P. 181

dinaikkan pangkat.” Dia menyampaikan berita gembira kepada ayah dan

                   ibunya.





                          “Ya?  Syukur  alhamdulillah.  Rezeki  namanya  tu,”  sahut  ayahnya

                   pula.




                          “Datuk  tempat  syarikat  saya  bekerja  tu  percaya  betul  dengan


                   saya. Sebab itulah saya dinaikkan pangkat,” terang Sabri.




                          “Ayah harap kau balaslah kepercayaan yang diberikan oleh Datuk

                   itu dengan baik.” Dia sebaliknya mengingatkan anaknya.




                          “Insya-Allah, ayah!” angguk Sabri dengan pantas.




                          “Saya berjanji. Tidak akan mensia-siakan harapan Datuk tu pada


                   saya,” ikrarnya lagi.




                          “Hah,  kerja  dah  bagus  pangkat  dah  naik  tapi  satu  lagi  yang

                   kurang  dengan  kau.”  Ibunya  yang  selama  ini  berdiam  diri  tiba-tiba


                   menyampuk.  Ayahnya  lalu  memalingkan  muka  ke  arah  ibunya.  Yang


                   duduk di sebelahnya.



                          “Apa dia, mak?” Sabri menyoal ibunya.





                                                             181
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186