Page 183 - JALAN PULANG
P. 183

Lamunannya  yang  jauh  melayang  hingga  terasa  sampai  ke

                   awangan  itu  lantas  terhenti.  Borhan  menarik  nafas  yang  panjang.  Dia


                   memandang  wajah  isterinya  dalam-dalam  sambil  mengukir  senyuman


                   kecil. Latipah memerhatikan sahaja gelagat suaminya itu.




                          “Tak  ada  apa-apa,  Tipah!  Cuma  abang  terkenangkan  Sabri,”

                   Borhan berkata.




                          “Sabri?” tanya isterinya pula.




                          “Ya!” dia mengangguk-anggukkan kepala.




                          “Pekerja di syarikat kita. Budaknya baik. Rajin bekerja dan jujur.


                   Berkenan abang nak jodohkan dia dengan Miza anak kita tu. Sekurang-

                   kurangnya  dia  dengan  Miza  dapat  menjaga  syarikat  kita  tu.”  Dia


                   menyatakan hasrat murninya pada isterinya.




                          “Tipah tak kisah, bang. Apa yang abang fikirkan baik Tipah pun

                   begitu jugak. Tapi apa pun biarlah Miza tu habiskan pelajarannya dulu


                   di luar negeri,” ucap isterinya pula.




                          “Yalah,  Tipah.  Itu  cuma  cadangan  abang  saja.  Kita  sebagai

                   manusia hanya mampu merancang. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.





                                                             183
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188