Page 187 - JALAN PULANG
P. 187

“Yalah, kak!” angguknya.




                          Sabri muncul di muka pintu ketika Baharuddin, Borhan, Salmah


                   dan Latipah melangkah naik ke rumah.




                          “Datuk?” Dia merasa sungguh terperanjat apabila melihat  Datuk

                   Borhan bersama dengan isterinya.




                          “Sabri? Apa awak buat kat sini?” soal  Borhan yang turut  berasa


                   terkejut.




                          “Kau kenal dengan dia ni, Sabri?” tanya Baharuddin dengan rasa

                   penuh hairan sambil memandang wajah anaknya.




                          “Datuk Borhan ni tuan punya syarikat tempat saya bekerja, ayah,”


                   jelasnya pula.




                          Salmah  dan  Latipah  sebaliknya  hanya  mendiamkan  diri  sambil

                   saling berpandangan melihat pertemuan bersejarah keluarga ini.





                          “Jadi, Sabri ni anak buah saya?” ucap Borhan.



                          “Ya, Borhan! Air dicincang takkan putus!” abangnya menambah.





                                                             187
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192