Page 202 - JALAN PULANG
P. 202

“Orang  yang  gila  kuasa  sanggup  melakukan  apa  sahaja  untuk

                   mencapai  cita-cita.  Kata  pegawai  agama  tadi  tuan  guru  sudah  lama


                   dikehendaki oleh pihak berkuasa di Tanah Seberang. Dia menggunakan


                   jihad sebagai topeng untuk menubuhkan kerajaan sendiri,” Lebai Dollah

                   mencelah.




                          “Yang saya pelik tu lebai ada pulak pengikutnya. Sedangkan dah


                   terang dan nyata. Dia tu seorang penjenayah kejam,” Osman berkata.




                          “Itulah akibatnya kalau kita mudah terpengaruh dan kurang ilmu

                   agama.  Tambah  pulak  dia  menyamar  sebagai  guru  agama.  Kita


                   tengoklah nanti, Man. Pejabat agama dah pun menyerahkan perkara ni

                   pada pihak berkuasa. Sudahlah. Mari kita balik,” ajak Lebai Dollah pula.




                          “Yalah, lebai!” angguk Osman pula. Sebagai tanda setuju dengan


                   ajakan Lebai Dollah itu.




                          Keesokan  paginya  Haji  Deris  dikejutkan  dengan  suara  Karim

                   dengan memanggil namanya.





                          “Ada apa ni, Karim? Pagi-pagi lagi nampak cemas. Macam sesuatu

                   yang buruk aje berlaku,” kata Haji Deris yang berdiri tercegat di muka

                   pintu.





                                                             202
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207