Page 204 - JALAN PULANG
P. 204

15




                                                       TERJEBAK




                          Angin  dari  arah  bukit  bertiup  sepoi-sepoi  bahasa.  Di  kaki  langit


                   bola  matahari  belum  kelihatan  lagi.  Pagi  masih  muda  lagi.  Kesejukan

                   terasa  membungkus  seluruh  suasana.  Kesan  dari  hujan  lebat  yang


                   turun  malam  tadi.  Sampai  subuh  baru  berhenti.  Dedaunan  hijau  dan

                   rumput kelihatan basah.




                          Selepas  bersarapan  pagi  Rosdin  menghidupkan  enjin  motosikal


                   menuju  ke  kebun  pisang.  Setibanya  di  kebun  pisang  dia  memulakan

                   kerja-kerja seperti biasa. Sedang dia asyik bekerja dengan tiba-tiba dia


                   dikejutkan dengan bunyi orang memberi salam. Dia lantas berhenti dan

                   menoleh ke arah suara itu. Pak  Majid rupanya dan dia lalu menjawab


                   salam sambil berjabat tangan.




                          “Macam  mana  dengan  hasil  tanaman  pisang  kau,  Rosdin?”  soal

                   Pak  Majid  yang  bersongkok  berbaju  kemeja  lengan  pendek  berwarna


                   biru tua dan berseluar hitam.




                          “Alhamdulillah,  Pak  Majid.  Berbuah  lebat  nampaknya,”  Rosdin

                   menjawab sambil mengesat peluh di dahi. Bola matahari perlahan-lahan





                                                             204
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209