Page 256 - JALAN PULANG
P. 256

sanggup  beli  lukisan  ini,”  jawab  Rosnani  sambil  melihat  dalam-dalam

                   lukisan itu.





                          “Saya  tak  fikirkan  soal  bayaran.  Yang  penting  kepuasan  dalam

                   berkarya.  Agar  insan  seperti  awak  faham  apa  yang  tergambar  dalam


                   perasaan saya. Mensyukuri kehidupan yang dianugerahkan oleh Tuhan.

                   Bermula  dari  kita  dilahirkan  sehinggalah  kematian  menjemput  kita


                   nanti,” dia menambah sebaliknya sambil membetulkan duduk di lantai

                   pondok.




                          “Dalam  sekali  kata-kata  awak  tu.  Apa  yang  saya  lihat  awak  ni


                   selain  daripada  seorang  pelukis  juga  seorang  penyair  rupanya,”  ujar

                   Rosnani pula.




                          “Melukis  sudah  menjadi  darah  daging  dalam  hidup  saya.  Dunia


                   penyair  tidak  pernah  saya  ceburi.  Cuma  membaca  buku-buku  penyair

                   terkenal  bertemakan  ketuhanan,  kemanusiaan  dan  alam  semula  jadi.


                   Saya  tak  boleh  ketepikan  karya  puisi  kerana  ia  berkait  rapat  dengan

                   lukisan  yang  saya  hasilkan.  Walaupun  bertemakan  kehidupan  laut,”


                   terang Wahid.




                          “Apa  yang  awak  cakapkan  itu  memang  saya  akui  kebenarannya.

                   Ada  yang  bernasib  baik  dan  ada  yang  tak  bernasib  baik.  Ada  yang





                                                             256
   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261