Page 257 - JALAN PULANG
P. 257

bahagia dan ada yang tak bahagia. Ada yang berjaya dalam hidup dan

                   ada yang tak berjaya dalam hidup. Tapi bagi saya kita harus bersyukur


                   dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan,” Rosnani menambah.




                          “Maafkan saya kalau bertanya. Itu pun kalau awak tak keberatan


                   dan menyentuh perasaan awak untuk  menjawabnya.” Dia memandang

                   tepat wajah Rosnani yang duduk bersebelahan dengannya.




                          “Apa  dia?”  soal  Rosnani  berkulit  putih  dan  halus  sambil


                   mengangkat kepala tinggi sedikit.




                          “Apa sebenarnya pekerjaan awak dan kenapa awak datang bercuti

                   ke sini?” Pertanyaan yang diajukan oleh Wahid.




                          “Saya  bekerja  dengan  ayah  saya  seorang  ahli  perniagaan.  Saya


                   datang  bercuti  ke  sini  saja  untuk  merehatkan  fikiran  setelah  penat

                   bekerja,” dia cepat menjawab soalan Wahid itu.




                          “Awak  sungguh  bertuah  memiliki  keluarga  yang  mewah  dan


                   berada.  Berbanding  dengan  saya.  Kehidupan  keluarga  saya  lebih


                   mengenal  erti  kesusahan  daripada  kesenangan.  Kais  pagi  makan  pagi

                   kais petang makan petang,” jelas Wahid.








                                                             257
   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262