Page 260 - JALAN PULANG
P. 260

dia tidak dapat pergi ke surau untuk  menunaikan solat Subuh secara

                   berjemaah. Sebaliknya dia menunaikan solat Subuh di rumah saja.





                          Selepas  menunaikan  solat  Subuh  baru  hujan  berhenti.  Hujan

                   sentiasa  turun  sejak  akhir-akhir  ini.  Tak  menentu.  Adaketikanya  pagi.


                   Adakalanya tengah hari. Begitu juga petang dan malam.




                          Haji  Dollah  melemparkan  pandangan  sejauh-jauhnya  ke  arah

                   bukit-bukau  yang  masih  lagi  ditutupi  kabus.  Berhadapan  dengan


                   rumahnya.  Entah  mengapa!  Dengan  tiba-tiba  saja  hati  tuanya  berasa

                   rindu  pada  Azam.  Satu-satu  anak  lelakinya  dengan  arwah  isterinya


                   dulu.




                          “Ayah  memang  dah  tak  sayang  lagi  dengan  arwah  mak!”  bantah

                   Azam dengan sekeras-kerasnya.




                          “Zam …. Nanti dulu ….” Dia memujuk lembut anaknya.




                          “Sudah, ayah! Sudah! Kalau ayah dah benar-benar nak berkahwin


                   dengan  Mak  Cik  Siah,  teruskanlah.  Tapi  saya  dah  buat  keputusan!”


                   tegas Azam pula sebaliknya.










                                                             260
   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265