Page 275 - JALAN PULANG
P. 275

Masih lagi dia terbayang-bayang. Betapa gembiranya dia bersama

                   dengan  isteri  dan  anak-anak  begitu  juga  dengan  adik-beradik  lain


                   berkumpul di rumah ini setiap kali tiba hari raya. Tergambar rasa riang.


                   Yang  amat  sangat  di  wajah  ayah  dan  ibunya.  Melihat  anak-anaknya

                   pulang untuk merayakan hari mulia.




                          Bukan selalu suasana sebegini dirasai. Hanya setahun sekali. Tapi


                   kini semuanya tinggal menjadi kenangan. Bila ayah dan ibunya sudah

                   tiada lagi. Jiwa rumah pusaka ini menjadi sunyi.




                          "Ayah  ada  satu  permintaan.  Boleh  tak  kau  tunaikan?"  pinta


                   ayahnya.




                          "Apa  dia,  ayah?"  dia  membalas.  Wajah  tua  ayahnya  itu

                   dipandangnya dalam-dalam. Tak mahu dilepaskannya.




                          "Sebagai anak yang sulung ayah berharap kau jagalah rumah ni


                   baik-baik. Apabila ayah dan mak dah tak ada nanti," sambungnya lagi.




                          "Insya-Allah,  ayah!"  dia  mengangguk-angguk  dengan  pantas.


                   Sebaik-baik sahaja mendengar amanah yang disampaikan oleh ayahnya

                   itu.







                                                             275
   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280