Page 271 - JALAN PULANG
P. 271

Kepiluan  ….  Lantas  menyirami  hati  Azam.  Bersama  rasa  sebak

                   dan  hiba.  Mendengar  cerita  Pak  Harun.  Yang  mungkin  sebaya  dengan


                   usia ayahnya. Setelah sekian lama disisihkan daripada hidupnya. Hanya


                   disebabkan  rasa  marah  ayahnya  memilih  Mak  Cik  Siah  sebagai

                   pasangan hidup. Bagi menggantikan arwah ibunya.




                          "Di  mana  anak  Pak  Harun  sekarang?"  dia  menyoal.  Muka  orang


                   tua  yang  nampak  pucat  dan  lesu  itu  dipandangnya  dalam-dalam.

                   Kasihan dia. Terlantar seorang diri. Tanpa ditemani oleh isteri dan anak-


                   anak.  Untuk  diberikan  semangat.  Menghadapi  kesakitan  yang

                   ditanggung akibat dilanggar lari.




                          Dia ditemui oleh Azam dalam keadaan pengsan di tepi jalan. Lalu


                   Azam membawanya ke hospital.




                          Lama juga dia tidak sedarkan diri. Akibat daripada cedera parah

                   yang  dialaminya.  Mungkin  kerana  dirinya  yang  sudah  terlalu  tua  dan


                   uzur. Menyebabkan dia jadi begitu.




                          "Entahlah …. Pak Harun tak tahu di mana dia berada sekarang ….


                   Dia lari dari rumah …." Suaranya lemah dan terputus-putus. Bersama

                   nafas yang tercungap-cungap.








                                                             271
   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275   276