Page 270 - JALAN PULANG
P. 270

"Terima kasihlah kerana anak bawa Pak Harun ke hospital. Kalau

                   tak,  tak  tahulah  apa  yang  akan  terjadi  pada  Pak  Harun.  Siapa  nama


                   anak  ni  …?"  dia  bertanya  dalam  bunyi  nada  suara  yang  lemah.


                   Disebabkan  kesakitan  yang  dialaminya.  Ditambah  pula  dia  banyak

                   kehilangan darah.




                          "Nama saya Azam. Pak Harun. Maafkan saya kalau bertanya. Dah


                   tiga hari Pak Harun berada di sini. Tapi isteri dan anak-anak Pak Harun

                   tak datang tengok," Azam bersuara.




                          Wajah  tua  Pak  Harun  pantas  berubah  menjadi  sedih.  Dia


                   menangis. Azam dapat membaca dari raut wajah Pak Harun itu. Macam

                   ada sesuatu yang mengusik perasaannya. Bila ditanya isteri dan anak-


                   anaknya.




                          "Kenapa  Pak  Harun  berasa  sedih  sangat?  Apa  dah  jadi  dengan

                   isteri  dan  anak-anak  Pak  Harun?"  Rasa  ingin  tahu  semakin  kuat


                   menendang-nendang benaknya.




                          "Isteri Pak Harun sekarang ada di kampung. Pak Harun datang ke


                   Kuala Lumpur ni sebab nak cari anak perempuan Pak Harun," jelas Pak

                   Harun  padanya  sambil  menangis  teresak-esak.  Jelas  tergambar  rasa

                   sedih yang teramat sangat. Menyelubungi hati tuanya itu.





                                                             270
   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275