Page 33 - JALAN PULANG
P. 33

Pak  Long  bukannya  tak  suka  pembangunan.  Sesuatu  yang  baik

                   tak  seharusnya  ditolak.  Untuk  dinikmati  bersama  dengan  penduduk


                   kampung. Pak Long sedar. Zaman dahulu dengan zaman sekarang jauh


                   berbeza.  Zaman  mudanya  dengan  zaman  tua  yang  dilaluinya  hari  ini

                   umpama langit dan bumi. Dituntut agar berfikiran terbuka.




                          Cuma Pak Long tak mahu Kota Warisan menjadi mangsa keadaan


                   itu. Kalau boleh biarlah pemaju membuat resot mewah berjauhan dari

                   Kota Warisan. Rayu Pak Long pada pemaju dari kota besar itu. Namun


                   ditolak  mentah-mentah.  Alasan  pemaju  Kota  Warisan  adalah  tempat

                   yang strategik untuk didirikan resot mewah. Kedudukannya mengadap


                   ke arah laut. Tempat yang strategik akan menjadi tumpuan pelancong.

                   Mereka telah membuat kajian.




                          Pemaju  mengingatkan  Pak  Long.  Kota  Warisan  bukan  miliknya.


                   Jangan ganggu perancangan yang telah mereka atur. Darah hulubalang

                   yang diwarisi dari moyangnya lantas mengalir apabila mendengar kata-


                   kata  yang  dilontarkan  oleh  pemaju  yang  tidak  menghargai  akan

                   kepentingan nilai sejarah sebagai harta pusaka bagi generasi yang akan


                   datang. Demi Kota Warisan. Pak Long menentang habis-habisan.




                          Pak  Long  turut  diberi  amaran  oleh  pemaju.  Akan  melaporkan

                   kepada  pihak  berkuasa  kerana  mengganggu  projek  mereka.  Namun





                                                             33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38