Page 36 - JALAN PULANG
P. 36

“Usahlah  ayahanda  bimbang.  Ayahanda  doakanlah  anakanda

                   dapat  membawa  pulang  Puteri  Bunga.  Untuk  dipersembahkan  kepada


                   raja,” dia sebaliknya membalas.




                          Setelah semuanya siap maka Hulubalang Jiwa pun berangkatlah


                   ke Negeri Taman Seri. Seperti yang diduga. Hulubalang Jiwa menempuhi

                   pelbagai halangan dan rintangan. Ancaman perompak.




                          Hulubalang  Jiwa  bukan  calang-calang  orangnya.  Memiliki  ilmu


                   persilatan  tinggi.  Handal  bermain  senjata.  Kesemua  perompak  dapat

                   ditewaskannya.




                          Rupanya semua ini telah diatur oleh Datuk Gagak. Cemburu dan


                   irihati  dengan  Hulubalang  Jiwa.  Dipilih  oleh  raja  untuk  meminang

                   Puteri Bunga yang cantik rupawan.




                          “Cis!  Dia  seorang  pun  tak  boleh  dikalahkan!”  bentaknya  dalam


                   suara yang lantang dan berwajah bengis.




                          “Dia memang hebat ….”




                          “Ah!  Tambah  lagi  orang-orang  kita.  Hulubalang  Jiwa  mesti

                   dihapuskan!”





                                                             36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41