Page 373 - JALAN PULANG
P. 373
Osman pasti akan tunduk. Tak lama lagi dia akan berundur dari
jawatan Pengerusi setelah sekian lama bergelumang dengan syarikat.
Masa depan Karim semakin cerah.
Ibarat sang suria yang terbit di waktu pagi. Zaid melontarkan
pandangan ke arah bangunan-bangunan yang tinggi mencakar langit.
Setelah lama, dia kembali semula menyapu muka Karim yang bulat
berbujur sirih. Dia bersuara tegas:
“Karim, aku harap kau tidak lupa pada janji.”
Dia tertawa kecil bila mendengarnya.
Kedua-dua belah mata hampir tertutup. Begitu juga dengan
kedua-dua belah bahunya terangkat. Zaid berwajah serius. Kemudian
Karim bersuara:
“Tentang kedudukan kau?”
Dia mengingatkan Zaid semula.
“Kau akan diberi kuasa sebagai Timbalan Pengerusi syarikat.
Malah kau akan menjadi pemegang kedua tertinggi saham syarikat.”
373

