Page 376 - JALAN PULANG
P. 376

Hawa  dingin  terasa  segar  menyapu  permukaan  kulit.  Seperti  air

                   terjun di pinggir kali.





                          “Kau  jangan  bimbang,  Zaid  90%  saham  syarikat  ini  adalah  hak

                   milik  kau,”  ikrar  Karim  berulang  kali.  Sambil  memandang  tepat  muka


                   Zaid.




                          Sungguhpun begitu, Zaid masih jelas lagi menyanggah keyakinan

                   yang ditimbulkan oleh Karim.




                          “Karim,  kau  jangan  lupa  bahawa  kita  ada  ancaman  yang  lebih


                   besar.”




                          “Ancaman?” Dia terkejut.




                          “Ya!” Zaid pantas mengangguk-anggukkan kepala.




                          “Dari siapa?” Karim semakin berminat untuk mengetahui dengan

                   lebih lanjut lagi sambil membetulkan duduknya.





                          “Alwi,” jawab Zaid ringkas.










                                                             376
   371   372   373   374   375   376   377   378   379   380   381