Page 377 - JALAN PULANG
P. 377

“Anak  tunggal  Datuk  Osman.  Budak  mentah,”  Karim  membalas

                   mudah.





                          “Dia  mempunyai  hak  dalam  syarikat  ini.  Tambahan  pula  dia

                   memiliki ijazah dari luar negeri.” Reaksi Karim tidak panik walau sedikit


                   pun. Dia mengambil jalan pendek.




                          “Senang!”




                          “Senang kau kata?”




                          “Ya!” Karim sekadar mengangguk.




                          “Maksud kau?”




                          “Aku ada strategi.”




                          “Strategi apa?” soal Zaid bertubi-tubi. Umpama muntahan peluru

                   daripada muncung mesin-gun. Ternyata Zaid masih belum mengerti.





                          Karim enggan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Zaid.

                   Dia  melontarkan  pandangan  ke  arah  pintu  antik.  Sebuah  diari  hitam

                   yang  berfungsi  sebagai  catatan  harian  terletak  di  tepi  sudut  meja.





                                                             377
   372   373   374   375   376   377   378   379   380   381   382