Page 384 - JALAN PULANG
P. 384
“Dengan wang dan harta kekayaan, seluruh dunia ini boleh aku
beli,” katanya lagi.
Dia sanggup menzalimi orang lain. Melakukan penyelewengan
wang syarikat.
Malah lebih dahsyat lagi memberi rasuah kepada orang atasan.
Dia juga menganiaya pekerja-pekerja lain yang mendapat perhatian
Datuk Osman. Dengan alasan berpura-pura baik di depan tapi di
belakang kaki judi, arak dan perempuan. Serta tidak berdisiplin. Ada
juga yang telah dibuang dan diturunkan pangkat.
Datuk Osman terpengaruh dengan tuduhan Karim dalam
mengambil sesuatu tindakan. Tanpa usul periksa. Sesungguhnya Karim
menjadi dalang yang bakal menruntuhkan Syarikat Dinihari.
Karim berpoya-poya dengan menggunakan duit syarikat.
Tembelangnya telah berjaya dipecah oleh Salleh yang bertindak
sebagai akauntan syarikat. Dia telah diugut oleh Karim.
“Ingat, Salleh! Kalau perkara ini sampai pada pengetahuan Datuk
ini bermakna keselamatan diri kau terancam!”
384

