Page 389 - JALAN PULANG
P. 389
Hisham berjaya menjadi seorang pendidik. Kenyataannya mereka
berdua berjaya dalam hidup. Sehati dan sejiwa. Itulah yang mereka
turapkan dalam konsep persahabatan. Hisham menatap potret Hafizah.
Merenungnya dalam-dalam. Angin timur yang menyusup masuk melalui
jendela yang terbuka luas seakan-akan membentuk wajah Hafizah di
pandangan mata Hisham. Cantiknya laksana bulan jatuh ke riba.
Kecantikan. Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini bebas
memujanya. Ia juga adalah anugerah Tuhan. Begitu juga dengan cinta.
Petang itu cuaca kelihatan redup sahaja.
Hisham membiarkan sahaja angin timur menyapu tubuhnya yang
agak tegap. Kadangkala mengeluarkan bunyi yang sungguh gemersik
menerjah gegendang telinga.
“Hidup ini zahirnya adalah satu perjalanan yang jauh,” Hafizah
bersuara. Dia membetulkan rambutnya yang panjang hitam ikal mayang
hingga mencecah paras bahu. Mengerbang sedikit akibat ditiup angin.
Hisham mengangkat kepala tinggi sedikit dan menjawab:
“Kita umpama pengembara.”
389

