Page 385 - JALAN PULANG
P. 385
“Saya tidak takut pada ancaman Encik Karim. Saya lebih
takutkan Tuhan dan tidak mahu bersubahat melakukan kejahatan,”
balas Salleh yang mempunyai sifat-sifat jujur dan amanah.
“Ooh, kau nak tunjuk keras kepala, ya!”
Dia enggan mengalah. Perbuatan jahat amat dipandang keji oleh
Islam.
“Tiada gunanya kita melakukan kemungkaran. Berdosa
hukumnya. Dan kita akan dilontarkan ke dalam neraka jahanam.”
Lagak Salleh macam seorang Tok Imam. Zaid serta-merta menjadi panik
kerana terlibat sama dalam hal ini. Seperti orang yang hilang arah
haluan.
“Habis kita kali ni, Karim.”
“Kita tak akan masuk penjara,” dia menyanggah.
“Tapi dia ada bukti yang cukup.”
“Aku ada rancangan untuk menyingkirkan dia dari syarikat ini,”
tegas Karim pula.
385

