Page 427 - JALAN PULANG
P. 427

Aku mengutip semula salahsilah keturunanku. Sememangnya aku

                   berdarah pendekar. Menurut cerita arwah datuk moyangku dulu pernah


                   berjuang  bersama-sama  dengan  Mat  Kilau,  Datuk  Bahaman  dan  Tok


                   Gajah  menentang  British  di  Pahang.  Ayahku  juga  seorang  anggota

                   tentera. Tapi kini dia telah pun bersara. Dia menamatkan perkhidmatan


                   dengan pangkat Pegawai Waran 1. Terkenal dengan sifat-sifat berani dan

                   tegas  sewaktu  zaman  darurat.  Jadi  ke  mana  tumpahnya  kuah  kalau


                   tidak ke nasi.




                          “Darus  dah  besar  nanti  nak  jadi  apa?”  tanya  ayah  sambil

                   memegang lembut bahu kananku. Dia merenung dalam-dalam wajahku.


                   Aku  dapat  membaca  maksudnya  itu.  Penuh  dengan  makna  dan

                   harapan.




                          “Nak jadi askar macam ayah!” aku lantas menjawab dengan penuh


                   semangat.




                          “Kenapa?” Ayah mengangkat kepala tinggi sedikit.




                          “Dapat berbakti pada negara.” Semangatku semakin meluap-luap.


                   Seolah-olah  dibakar  menerusi  peperangan  dalam  siri  Combat  yang

                   ditayangkan di kaca televisyen ketika itu.








                                                             427
   422   423   424   425   426   427   428   429   430   431   432