Page 430 - JALAN PULANG
P. 430

“Kalau begitu keputusan kau, pergilah. Mak izinkan. Mak doakan

                   semoga  kau  berjaya  menjadi  seorang  pegawai  tentera  yang  berhemah


                   tinggi seperti ayah kau.” Akhirnya dia mengalah jua.




                          “Terima kasih, mak,” ujarku penuh gembira bercampur lega. Aku


                   kemudian  mengalihkan  pandangan  ke  arah  ayah  pula  orang  yang

                   banyak  memberi  dorongan  dan  rangsangan  supaya  aku  menceburi


                   bidang  ketenteraan.  Dia  kelihatan  tumpang  gembira.  Senyumannya

                   semakin melebar. Dalam pada itu ayah tetap menammpakkan sifat-sifat


                   ketegasannya dalam menangani tanggungjawab sebagai ketua keluarga

                   biarpun  telah  lama  bersara  meninggalkan  bidang  ketenteraan  yang


                   diceburinya hampir 40 tahun.




                          Kak Long tidak melarangku menceburi bidang ketenteraan seperti

                   ayah  juga  dia  terus  memberi  galakan  dan  semangat  kepadaku.


                   Tambahan  pula  suaminya  seorang  anggota  Pasukan  Polis  Hutan

                   berpangkat Sarjan di Ulu Kinta. Dia telah dikurniakan tiga orang anak,


                   dua lelaki dan seorang perempuan.




                          Kak  Ngah  pula  mula-mula  seperti  ibu  melarang  keras


                   keputusanku.  Dia  mendesak  aku  supaya  menerima  tawaran  latihan

                   perguruan.  Tapi  lama-kelamaan  dia  mengalah  juga.  Apabila  melihat

                   ayah dan ibu menghulurkan sokongan yang kuat kepadaku. Dia mahu





                                                             430
   425   426   427   428   429   430   431   432   433   434   435