Page 432 - JALAN PULANG
P. 432

Ayah juga pernah cedera parah sewaktu bertempur dengan pihak

                   musuh di Grik, Perak kerana menyelamatkan nyawa tuannya. Sebulan


                   lamanya ayah berada di wad kecemasan. Di atas keberaniannya itulah


                   maka ayah telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) sbelum dia

                   bersara iaitu pada tahun 1980.




                          Kini  ayah  mampu  mengulum  sejuta  senyuman.  Bangganya  hati


                   ayah  tidak  terkira.  Perjuangannya  dalam  mempertahankan  tanah  air

                   daripada jatuh ke tangan musuh tidak berkubur sebaik-baik sahaja dia


                   bersara.  Aku  terus  mewarnai  perjuangannya.  Kalau  boleh  biarlah

                   sehingga  anak  cucu-cicit  kami.  Walaupun  ayah  telah  lama  bersara


                   daripada  bidang  ketenteraan  namun  semangatnya  masih  lagi  terus

                   menyala  macam  api  yang  membakar.  Dia  sentiasa  memberi  aku


                   dorongan dan galakan.




                          Katanya disiplin serta keazaman yang tinggi adalah kunci utama

                   untuk mencapai kejayaan.




                          Kata-kata ayah menjadi azimat yang paling berguna buat diriku.





                          Hasilnya  aku  telah  menjadi  pegawai  yang  berdisiplin  dan

                   berhemah  tinggi.  Aku  sering  kali  mendapat  pujian  daripada  pegawai-

                   pegawai atasan kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam operasi.





                                                             432
   427   428   429   430   431   432   433   434   435   436   437