Page 472 - JALAN PULANG
P. 472

“Katil pengantin yang kita lihat tadi berasal dari Terengganu dan

                   berusia kira-kira seratus tahun. Ia diperbuat daripada kayu cengal serta


                   penuh  berukir  dengan  motif  bunga-bungaan  Melayu.  Kepala  katil  pula


                   diukir  sepenuhnya  dengan  motif  awan  larat  dan  berbentuk  seperti

                   ambang  pintu.  Kelambunya  pula  bersulam  dengan  benang  emas  dan


                   digantungkan pada bingkainya.”




                          Dia  sebaliknya  diam  sambil  mengangguk-anggukkan  kepala

                   apabila mendengar kata-kataku itu. Aku tak pasti sama ada dia berpuas


                   hati  atau  tidak  dengan  penjelasan  yang  telah  kuberikan  itu.  Dari  raut

                   wajahnya yang berbentuk bulat itu telah pun dapat kubaca bahawa dia


                   sedang berfikir sesuatu. Agak lama kemudian baharulah dia bersuara:

                          “Selain  daripada  itu,  saya  juga  tertarik  dengan  persembahan


                   Wayang Kulit.”




                          “Wayang  Kulit  telah  termasyhur  sejak  lebih  dari  seribu  tahun

                   dahulu di negeri-negeri sebelah Timur Tengah dan Tenggara Asia,” aku


                   menjawab.




                          “Kalau  tak  silap  saya  dalam  buku  yang  bertajuk  “Wayang  Kulit


                   dan Asal Usulnya” ada menyebutkan bahawa contoh Wayang Kulit yang

                   tertua sekali ialah Wayang Kulit India, Indonesia dan China,” jawabnya

                   pula.





                                                             472
   467   468   469   470   471   472   473   474   475   476   477