Page 469 - JALAN PULANG
P. 469

sebagainya. Jumlah bingkisan hantaran biasanya ganjil seperti 7, 9, 11

                   atau  13  di  mana  tertakluk  kepada  kemampuan  dan  keinginan  pihak


                   lelaki. Ini jelas melambangkan bahawa peranan hantaran dalam istiadat


                   perkahwinan  orang  Melayu  melambangkan  ciri-ciri  yang  universal,”

                   jawabnya lagi dengan panjang lebar.




                          “Kesemua  barang-barang  hantaran  ini  digubah  dengan  cukup


                   cermat  dan  indah.  Kemudian  ia  diletakkan  di  atas  pahar  atau  bekas-

                   bekas  yang  beralaskan  baldu  bertekat  dan  adakalanya  dibalut  pula


                   dengan  kertas  kilat  berwarna  sehingga  dapat  memperlihatkan  satu

                   persembahan yang paling istimewa kepada seorang raja. Hantaran balas


                   dari pihak pengantin perempuan juga tidak banyak perbezaannya tetapi

                   lebih kepada kuih-muih yang melambangkan kemahiran dan sifat-sifat


                   wanita yang lemah-lembut,” aku menambah.




                          “Saya sebenarnya sekarang sedang menyusun sebuah buku yang

                   berkenaan dengan istiadat perkahwinan orang Melayu,” akui Frank lagi.




                          “Awak tulis dalam versi apa?”





                          “Inggeris.”



                          “Dah berapa bab awak tulis?” soalku pula bertubi-tubi kali.





                                                             469
   464   465   466   467   468   469   470   471   472   473   474