Page 473 - JALAN PULANG
P. 473

“Benar kata awak tu, Frank. Tetapi rupa patung serta cerita-cerita

                   yang dimainkan amat berlainan sekali.”





                          Itu  saja  yang  aku  ingat  tentang  persembahan  Wayang  Kulit.  Di

                   kesemua  negara  yang  telah  disebutkan  tadi,  patung  Wayang  Kulit


                   diperbuat  daripada  kulit  yang  dipotong  secara  boneka  dan  biasanya

                   sebelah  sahaja  tangannya  yang  boleh  digerak-gerakkan.  Persembahan


                   Wayang Kulit dilakukan di sebalik tabir kain putih dan patung-patung

                   kulit itu ditayangkan serta digerak-gerakkan di antara tabir dan pelita


                   yang tergantung. Kemudian bayang-bayang patung itu akan kelihatan di

                   atas tabir itu. Orang yang melakonkan patung-patung kulit itu dipanggil


                   Tuk  Dalang.  Para  penonton  akan  duduk  atau  berdiri  di  hadapan  tabir

                   dan mendengar cerita yang disampaikan oleh Tuk Dalang. Dia juga akan


                   mengubah-ubahkan  suaranya  mengikut  watak  patung-patung  yang

                   dimainkannya.




                          “Di negara ini, persembahan Wayang Kulit masih kerap diadakan


                   di  Negeri  Kelantan  berbanding  dengan  negeri-negeri  yang  lain,”

                   tambahku lagi.





                          “Wayang Kulit Jawa mempunyai lebih daripada 100 watak,” celah

                   Frank pula.








                                                             473
   468   469   470   471   472   473   474   475   476   477   478