Page 77 - JALAN PULANG
P. 77

kemerdekaan dalam akhbar Melayu. Tulisannya telah diharamkan dan

                   dia  juga  pernah  ditahan  atas  dakwaan  menghasut  pembaca  supaya


                   bangkit  menentang  British.  Namun  begitu  dia  telah  dibebaskan.


                   Semangat  perjuangannya  tak  pernah  padam  malah  menjadi  azimat

                   untuk  menyemarakkan  lagi  cita-cita  untuk  melihat  Tanah  Melayu


                   merdeka.




                          Dia  juga  pernah  dipengaruhi  agar  menyokong  perjuangan

                   komunis menentang British.




                          “Macam mana, Hussin? Kau setuju tak?” soal Leman.




                          “Aku  tak  setuju!”  Dia  sebaliknya  membantah  dengan  sekeras-


                   kerasnya.




                          “Komunis ada senjata. Setakat semangat aje mana cukup, Hussin.

                   Dah  tiba  masanya  kita  menggunakan  kekerasan  menghapuskan  orang


                   putih,” tambah Leman lagi.




                          “Aku tak boleh terima perjuangan itu. Bukan setakat orang putih


                   tapi  orang  Melayu  yang  tidak  berdosa  juga  menjadi  mangsa.  Sebagai

                   kawan  aku  nasihatkan  kau  marilah  kita  sama-sama  berjuang  dengan








                                                             77
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82