Page 92 - JALAN PULANG
P. 92

“Mah  ….  Jangan  buat  andaian  begitu.  Tak  baik.  Hanya  Mahlah

                   satu-satunya isteri abang sehingga ke akhir hayat. Baiklah. Abang minta


                   maaf.  Abang  akui  telah  mengabaikan  Mah  dan  anak-anak  kerana  gila


                   kerja. Abang berjanji. Hari minggu ni abang akan bawa Mah dan anak-

                   anak berkelah …,” dia memujuk lembut isterinya.




                          “Mah  minta  maaf,  bang.  Sebagai  seorang  isteri  Mah  tak


                   seharusnya  bersangka  begitu  terhadap  abang.  Mah  percaya.  Abang

                   seorang suami yang baik dan jujur.”




                          “Abang  faham  perasaan  Mah  sebagai  seorang  isteri.  Perlukan


                   belaian  kasih  sayang  bersama  dengan  anak-anak.  Percayalah,  Mah.

                   Abang akan berikan tumpuan dengan seadil-adilnya di antara keluarga


                   dan kerja.”




                          “Oh  ya!  Asyik  bercakap  ni  terlupa  pulak.  Abang  dah  makan  ke

                   belum?” soal isterinya.




                          “Belum. Mah masak apa malam ini?” tanya Samad pula.





                          “Gulai ikan bawal masak lemak cili api kesukaan abang,” isterinya

                   menjawab.







                                                             92
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97