Page 91 - JALAN PULANG
P. 91

berhempas  pulas  bekerja  dari  pagi  sehingga  ke  larut  malam.  Tapi  dia

                   tetap  akur  bahawa  pekerja  lain  di  Syarikat  Gemilang  juga  mempunyai


                   hak seperti dia dan membazirkan wang syarikat dengan jalan yang tidak


                   betul adalah sesuatu yang harus dijauhi.




                          Rezeki  yang  halal  dituntut  oleh  Allah  SWT  untuk  keberkatan

                   hidup  sekeluarga  dan  rezeki  yang  haram  adalah  kemungkaran  yang


                   harus ditegah.




                          “Buat apalah abang  susah-susahkan diri bekerja sampai malam.

                   Pangkat tak jugak naik,” tegur isterinya.




                          “Sabarlah,  Mah.  Allah  SWT  tu  maha  kaya  dan  maha  adil.  Kalau


                   tak  ada  rezeki  abang  pun  mungkin  ada  rezeki  anak-anak  kita,”

                   jawabnya.




                          “Abang ni lain takde. Pikir kerja-kerja. Abang mesti ingat. Abang


                   tu ketua keluarga. Kenalah luangkan masa dengan saya dan anak-anak.

                   Dah  lama  abang  tak  bawa  saya  dan  anak-anak  berkelah  di  hujung


                   minggu. Dulu selalu jugak. Sekarang dah tak ada masa pulak. Asyik di


                   pejabat  saja.  Entah-entah  abang  ada  perempuan  lain  tak,”  rungut

                   isterinya.








                                                             91
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96