Page 90 - JALAN PULANG
P. 90

permukaan kulit. Sekali-sekala terasa kesegaran diusap bayu laut yang

                   bertiup kencang.





                          Samad  memang  seorang  yang  penyabar  dan  tekun  dalam

                   menjalankan  tugas.  Dia  tidak  pernah  merungut  dengan  kerja  yang


                   diberikan. Sentiasa datang cepat dan pulang lewat. Adakalanya hari cuti

                   pun  dia  bekerja.  Dia  akan  berasa  gelisah  yang  amat  sangat  dan  tidak


                   tenteram apabila kerja tidak selesai.




                          Kerja  yang  tertangguh  tidak  ada  dalam  kamus  dirinya  sebagai

                   insan yang mencari rezeki di Syarikat Gemilang. Baginya kerja hari ini


                   tanpa  mengira  mudah  atau  susah  perlu  diselesaikan  hari  ini  jugak.

                   Takut esok datang kerja lain yang memerlukan tindakan segera. Dalam


                   soal kerja Samad akur bahawa sentiasa bertambah pada setiap hari dan

                   tiada  kesudahannya  sehingga  meninggalkan  syarikat  yang  sudah


                   hampir 15 tahun menjadi darah dagingnya.




                          Dalam  soal  tuntutan  perjalanan  dan  kerja  lebih  masa  yang

                   diberikan  oleh  syarikat  dia  bersikap  jujur.  Pantang  bagi  dia  membuat


                   tuntutan palsu semata-mata untuk mendapat kemewahan dalam hidup


                   biarpun  adaketikanya  sama  seperti  orang  lain  yang  kesempitan  wang

                   dalam  hidup  hari  ini.  Memang  benar  sebagai  pekerja  Samad  memang

                   mempunyai  hak  untuk  membuat  tuntutan  lebih  masa  setelah





                                                             90
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95