Page 2 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 2
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah syukor kehadrat Ilahi
Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan izinNya Buku Pengurusan Sekolah 2022 dapat diterbitkan dan diedarkan kepada
guru-guru dan kakitangan sekalian. Semoga Buku Pengurusan ini menjadi lambang komitmen
kita dengan Profesion Keguruan dan seterusnya meletakkan guru-guru SKS24 ke arah
Budaya Kerja yang berkualiti, berwawasan, berintegriti dan cemerlang.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat bertugas” kepada semua
guru dan kakitangan SKS24, Mudah-mudahan pada tahun 2022 ini kita dapat
memperbaharui dan meningkatkan azam kita untuk terus mendidik dan melaksanakan kerja-
kerja yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sesuai dengan pesanan Nabi
Muhammad s.a.w iaitu “ Jadikanlah kerja hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok
lebih baik dari hari ini”. Untuk itu marilah kita memperbaharui NIAT kita agar ikhlas dan
mendapat keredhaan Allah swt.
Bertepatan dengan Moto sekolah “Ilmu dan Berdisiplin”, maka Buku Pengurusan ini
akan dapat menjadi rujukan dan panduan guru-guru dalam merancang kerja,sama ada rutin
PdPc atau kerja-kerja pengurusan. Ketahuilah kerja yang terancang dan tersusun rapi sudah
tentu menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan sebenarnya inilah ciri-ciri pendidikan bertaraf
dunia yang dihasratkan oleh negara kita selaras konsep Sekolahku SEJAHTERA yang
mempamirkan 14 elemen yang perlu diterapkan kepada warga sekolah untuk dibudayakan.
Jadikanlah setiap apa yang kita lakukan sebagai satu amal ibadat yang mendapat
ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t. Amalan yang sedemikian sudah tentu memerlukan
keikhlasan dan tidak mengharapkan pujian serta sanjungan. Hakikat ini sekiranya dapat kita
hayati dan realisasikan, Insya Allah sudah tentu akan lahir pendidik atau murabbi yang
cemerlang.
Tranformasi Pendidikan yang berkualiti ke arah Generasi berintegriti.
Sekian, Terima Kasih.
Azman Bin Mohd Aris
Guru Besar,
SKS24, Shah Alam
| 2

