Page 6 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 6

Tahun 1991 – Penubuhan Pusat Sumber Sekolah dan pembinaan tiga blok bangunan kilat (enam
                  buah bilik darjah) kerana pertambahan murid berlaku sehingga mencapai 1,700 orang.
                  Tahun 1992 – Encik Mohd Ihsan Bin Haji Sidek pula telah bersara dan diganti pula oleh Tuan Haji
                  Nordin Bin Siran.
                  Tahun 1993 – Pembinaan sebuah lagi bangunan (blok C) yang mempunyai 12 buah bilik darjah
                  bagi menampung kekurangan yang ada.
                  Tahun  1994 –  Puan  Sarminah  Binti  Saradi  telah  memulakan  tugas  sebagai  Guru  Besar
                  menggantikan Tuan Haji Nordin Bin Siran yang bersara pada bulan Oktober 1994.
                  Tahun 1997 – Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola
                  Sepak Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.
                  Tahun  2001 –  Pada  awal  tahun,  Sekolah  Kebangsaan  Seksyen  24  telah  menjadi  tuan  rumah
                  Sayembara Puisi Anjuran Adun Sungai Renggam. Beberapa bulan kemudian telah menjadi tuan
                  rumah Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Petaling dan tuan rumah Perbengkelan
                  Pengajaran dan Pembelajaran Kajian Tempatan Daerah Petaling.
                  Tahun  2002 –  Usaha  untuk  membaikpulih  bangunan  Blok  C  yang  retak.  Penyerahan  semula
                  dijalankan pada akhir bulan Disember 2002.
                  Tahun 2003 – Usaha untuk membaikpulih segala kerosakan yang terdapat pada bangunan. Naik
                  taraf lantai perpustakaan dan bilik komputer menggunakan wang hasil kutipan program jogathon.
                  Mengadakan  Tilawah  Al-Quran  peringkat  DUN  Sungai  Renggam.  Sekolah  ini  telah  memenangi
                  Pertandingan Taman Herba dan Taman Sains Daerah Petaling.
                  Tahun  2008 –  Sekolah  Kebangsaan  Seksyen 24  sekali  lagi  menjadi  tuan  rumah  bagi  Kejohanan
                  Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor edisi ke-21 dengan kehadiran Datuk Seri Hishamuddin
                  Tun Hussien, Menteri Pendidikan Malaysia.
                  Tahun 2011 - Bangunan baru dinamakan Blok D dan Blok E telah siap dibina di SK Seksyen 24.
                  Tahun 2012 – Pengoperasian Bangunan Baru Blok D dan Blok E
                  Tahun 2013 - Surau mula dibina untuk kegunaan semua warga SK Seksyen 24.
                  Tahun 2018 – Naik taraf Bilik Makan Guru dan Kakitangan Sekolah
                  Tahun 2018 – Naik taraf ruangan tambahan untuk dewan makan murid
                  Tahun 2019 – Naik taraf Bilik Mesyuarat Wawasan
                  Tahun 2019 -  Membina Susur Gajah Prasekolah Bagi Blok A, B dan C
                  Tahun 2020 – Pembinaan Susur Gajah Bagi Bangunan Prasekolah Blok C

                  LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24





























                                                                                                        | 6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11