Page 5 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 5

IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
                  Kami,  pegawai  awam  Malayssia,  dengan  sepenuh  dan  rela  hati  berikrar  mempertahankan  dan
                  memperkukuhkan  integriti  perkhidmatan  awam  dengan  mencegah  dan  membenteras  segala
                  bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :
                      •  Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
                      •  Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah;
                      •  Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan
                         etika jabatan;
                      •  Keempat  :  Bekerjasama  sepenuhnya  dengan  mana-mana  pihak  untuk  memerangi
                         sebarang perlakuan jenayah rasuah;
                      •  Kelima  :  Bertindak  tegas  terhadap  mereka  yang  cuba  menggugat  integriti  dan  imej
                         pegawai awam; dan
                      •  Keenam  : Mematuhi  sepenuhnya  kod  etika  jabatan  dan  mengamalkan  nilai-nilai  murni
                         yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

                  IKRAR RUKUN NEGARA
                  MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
                  mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip yang berikut;
                      •  Kepercayaan kepada tuhan
                      •  Kesetiaan kepada raja dan negara
                      •  Keluhuran perlembagaan
                      •  Kedaulatan undang undang
                      •  Kesopanan dan kesusilaan

                  PIAGAM PELANGGAN SK SEKSYEN 24, SHAH ALAM
                  Kami   warga   pendidik   SK Seksyen 24 dengan penuh khidmat akan berusaha sedaya upaya kami
                  untuk:
                      1.  Mengurus pendaftaran dan pertukaran murid dalam tempoh 10 minit selepas maklumat
                         diperolehi.
                      2.  Mengeluarkan keputusan ujian OTI dalam tempoh 2 minggu selepas selesai sesuatu ujian.
                      3.  Mengeluarkan  Pernyataan Keputusan UPSR dan Sijil Tamat Sekolah murid tahun enam
                         sehari selepas diumumkan keputusan.
                      4.  Semua aduan yang diterima akan diambil tindakan serta merta dengan membuat siasatan
                         dan maklum balas dalam tempoh tidak melebihi 7 hari mengikut SOP 1:3:7.
                      5.  Semua  maklumat    yang    diminta  oleh  pihak  berkenaan  (  KPM  /  JPN  /  PPD  )  akan
                         disediakan  dalam  tempoh  tidak melebihi 3 hari bekerja.
                      6.  Segala  tuntutan  bil  dan  invois  akan  dijelaskan  dalam  tempoh  tidak  melebihi  14  hari
                         selepas diterima.
                      7.  Buku  latihan  murid  akan  diperiksa  dalam  tempoh  tidak  melebihi  2  hari selepas
                         dihantar.
                      8.  Menjalinkan hubungan yang akrab antara ibu bapa dan warga SK Seksyen 24.

                  HUBUNGI:  Guru  Besar  atau  Guru-guru  Penolong  Kanan  jika  anda  tidak berpuas hati dengan
                  perkhidmatan kami.

                  SEJARAH SEKOLAH

                  Tahun  1989 –  Dua  blok  bangunan  Sekolah  Kebangsaan  Seksyen  24  dan  sebuah  kantin  telah
                  dibina. Perabot mula diterima pada bulan November 1989. Sesi persekolahan bermula pada awal
                  bulan  Disember  dan  diketuai  oleh  Encik  Yusuf  Bin  Kadin  sebagai  Guru  Besar  pertama  dengan
                  dibantu oleh Puan Rahmah Binti Sidek yang menjalankan tugas sebagai Penyelia Petang.
                  Tahun 1990 – Awal Januari, penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dilaksanakan. Pada
                  bulan Oktober, Encik Mohd Ihsan Bin Haji Sidek mula bertugas sebagai Guru Besar menggantikan
                  Encik Yusuf Bin Kadin kerana bertukar sekolah.




                                                                                                        | 5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10