Page 116 - HIMPUNAN DOA
P. 116

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan bahawa al-Qadhi ‘Iyadh berkata:
                           “Nabi SAW sering berdoa dengan doa ini kerana pada doa ini
                      terkumpul makna doa seluruhnya, baik yang berhubungan dengan
                            perkara dunia mahupun akhirat. (Lihat Fath al-Bari, 14/430)

                              Imam Ibn Kathir pula menjelaskan bahawa doa ini meliputi
                       pelbagai kebaikan di dunia dan menjauhkan segala kejahatan. Ia
                         mencakupi permintaan yang bersifat duniawi seperti kesihatan,
                         rumah yang luas, isteri yang cantik, rezeki yang melimpah, ilmu
                         yang bermanfaat, amal soleh, kenderaan yang baik, pujian dan
                                                                          sebagainya.


                            Kebaikan di akhirat pula mencakupi masuk ke dalam syurga
                         – yang merupakan kebaikan yang tertinggi – kemudahan hisab
                          dan pelbagai urusan akhirat yang lain. Manakala keselamatan
                        dari api neraka pula bererti juga kemudahan dari pelbagai faktor
                       penyebabnya di dunia, iaitu berupa perlindungan daripada segala
                       dosa dan larangan serta terhindar daripada pelbagai syubhat dan
                                 perkara haram. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/390)









                                        Penutup


                   Kami berdoa kepada Allah SWT, semoga buku
                  doa yang ringkas ini, yang kami tajukkan dengan
                   “Inilah Doaku” menjadi amalan kita di samping
                    doa-doa yang lain. Semoga kita memperolehi
                    segala hajat dan kebahagiaan hidup di dunia
                               seterusnya di akhirat. Amin.






    112
   111   112   113   114   115   116