Page 113 - HIMPUNAN DOA
P. 113

Imam al-Nawawi berkata: Terdapat beberapa pelajaran yang dapat dipetik
           daripada hadith ini. Antaranya:


             •  Kemestian  terkabulnya  doa  Rasulullah  SAW.  Hal  ini  merupakan  tanda
               kenabian  Baginda,  di  mana  pada  akhirnya  Anas  R.A  seorang  yang
               kaya harta dan banyak anak cucu serta memperoleh keberkatan.

             •  Keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki oleh Anas bin Malik R.A seperti
               usia panjang, dimuliakan oleh pemerintah Umawi.


             •  Dalil  yang  menguatkan  pendapat  sebahagian  kalangan  yang  lebih
               mengutamakan  orang  yang  kaya  daripada  orang  yang  fakir.  Manakala
               pihak  yang  lebih  mengutamakan  fakir  menjawab  dalil  ini  bahawa Anas
               tidak  hanya  didoakan  menjadi  kaya,  tetapi  disertakan  doa  memperoleh
               keberkatan  dalam  kekayaannya.  Dengan  itu,  apabila  kekayaan  itu
               disertakan  dengan  keberkatan,  maka  ia  tidak  dikhuatiri  akan  menjadi
               bencana,  fitnah,  menjadikan  seseorang  sombong  dan  terkena  penyakit
               harta yang lain, yang biasanya terjadi kepada orang-orang kaya.

             •  Panduan tatacara berdoa yang baik daripada Rasulullah SAW di mana
               jika  berdoa  untuk  urusan  yang  berunsurkan  duniawi,  maka  hendaklah
               menggandingkannya  dengan  doa  keberkatan  di    dalamnnya.  Sehingga
               akhirnya,  Anas  dan  anak-anaknya  menjadi  orang-orang  terbaik  dan
               individu-individu  yang  berguna  kerana  memperoleh  doa  keberkatan
               daripada Rasulullah SAW. (Lihat Syarh Sahih Muslim, 11/404)


              Manakala  lafaz  terakhir  berkenaan  doa  panjang  umur  adalah  menurut
           riwayat  Imam  al-Bukhari  di  dalam  kitab  al-Adab  al-Mufrad,  daripada Anas,
           katanya:  “Nabi  SAW  pernah  masuk  menemui  keluarga  kami  dan  Baginda
           mendoakan kami.” (Ketika itu), Ummu Sulaim (ibunya) berkata: “Ini (Anas),
           pembantu kecilmu. Doakanlah kepada Allah untuknya.” Kemudian Rasulullah
           SAW berdoa:




                                                                                         109
   108   109   110   111   112   113   114   115   116