Page 111 - HIMPUNAN DOA
P. 111

Al-Tabarani  mengeluarkan  dalam  al-Du’a
           daripada  jalur  al-Yasri  bin  Yahya,  dia  berkata
           bahawa  ketika  seseorang  dikurniakan  seorang
           anak,  al-Hasan  al-Basri  mendoakannya  dengan
                        ُ
           doa:  ‘ٍدَّمَحُم ِةَّمأ ىَلَع َ و َكْيَلَع ا ً كَراَبُم ُالله ُهَلَعَج’  (Semoga
           dengannya  Allah  memberi  keberkatan  untukmu
           dan untuk umat Muhammad SAW).

              Ibn ‘Alan berkata: Jika kita perhatikan riwayat pertama dan riwayat kedua
           yang secara jelas menyebut sebagai perkataan al-Hasan al-Basri, maka kita
           dapat pastikan bahawa yang dimaksudkan daripada riwayat di atas daripada
           al-Hasan al-Basri (bukan daripada al-Hasan bin ‘Ali) kerana kuniyah al-Hasan
           al-Basri ialah Abu Sa’id manakala nama kuniyah al-Hasan bin ‘Ali ialah Abu
           ‘Abdillah. Yang menegaskan bahawa yang dimaksudkan tersebut adalah al-
           Hasan al-Basri ialah al-Auza’i. Akan tetapi dalam kitab al-Tuhfah oleh Ibn Hajar,
           tetap dikatakan bahawa yang dimaksudkan ialah al-Hasan bin ‘Ali. (Lihat al-
           Futuhat al-Rabbaniyyah, 6/74)

                                                                                 َّ
              Syeikh Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahtani menjelaskan: Ungkapan ‘ُالله َكَراَب
           َكَل ِبوُه ْ وَمـلا يِف َكَل’ bermaksud semoga Allah memperbanyak kebajikanmu atas
           kelahiran anakmu.


              Ungkapan  ‘ َ بِها َ ولا   َ تْرَكَش َ و’,  maksudnya,  semoga  Allah  menjadikan  kamu
           orang yang redha atas apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu,
           lalu kamu bersyukur memuji-Nya.

              Ungkapan  ‘ُهَّدُشأ  َغَلَبو’  maksudnya  semoga  ia  lekas  membesar  menjadi
           dewasa,  kuat  dan  panjang  usianya  sehingga  dia  dapat  membantu  dalam
           segala  urusanmu.  Ungkapan  ‘ُهَّرب  َ ت ْ قزُر َ و’  yakni  semoga Allah  menjadikannya
                                           ِ
                                               ِ
           anak yang taat kepadamu. (Lihat Syarh Hisn al-Muslim, hlm. 195)









                                                                                         107
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116