Page 19 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 19
9. UBAH SIKAP & MENTALITI
"Abang Khalil macam mana nak jadi pandai dan berjaya dalam
exam?"
Wah, dapat soalan yang menarik daripada pelajar.
Saya senyum dan jawab, "Dik, tak semua orang pandai berjaya
dalam exam. Ada orang memang pandai dan cepat tangkap,
tapi pemalas dan tak berusaha."
"Aah betul, budak kelas xxx pun ada macam tu. Kerja rumah pun
tiru orang lain." Laju saja adik itu respons.
Saya sambung, "Nak berjaya kita tidak memerlukan
kepandaian. Kerana kepandaian itu sendiri datangnya apabila
kita berusaha dan banyak buat latihan."
"Disiplin dan usaha yang baik akan membentuk attitude yang
baik. Tengoklah kisah orang-orang yang sudah berjaya seperti
Michael Jordan. Dia bukan terus hebat bermain basketball. Dia
pernah beritahu rahsia kejayaannya ialah dengan menjadikan
kegagalannya itu sebagai indikator untuk berjaya."
"So dari masa sekarang, adik-adik kena usaha sungguh-
sungguh. Jika orang lain berjaya dengan usaha dua kali ganda,
maka adik-adik kena lebih berkali-kali ganda daripada orang
tersebut."
"Siapa nak berjaya???"
"Saya!!!"
"Adik-adik, anda BERHAK untuk BERJAYA! "
© Khalil Ismail

