Page 12 - BUKU PENGURUSAN SMKKS 2021
P. 12
Buku Pengurusan dan Takwim SMKKS 2021
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan
selagi kami berkhidmat dengan kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan
semasa menjalankan tugas.
Ke arah ini, kami:
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh bertanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara dan
kami berpegang teguh kepada ajaran agama
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk mencapai
citi-cita tersebut, berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia, adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
11

