Page 7 - BUKU PENGURUSAN SMKKS 2021
P. 7

Buku Pengurusan dan Takwim SMKKS  2021


                                                TAKRIFAN LENCANA SEKOLAH











           BENTUK
           Logo  berbentuk  perisai  yang  terbahagi  tiga  melambangkan  ketahanan  diri  pelajar  dalam menjadi  insan  pelajar
           yang  berguna  kepada  agama,  bangsa  dan  negara  dan  taat  setia  kepada  negara  serta  mengamalkan  nilai-nilai
           murni.

           NAMA SEKOLAH
           Ditulis  pada  latar  belakang  warna  putih  melambangkan  keikhlasan  dan  kesungguhan  memperjuangkan  dan
           meningkatkan nama sekolah.

           WARNA KUNING
           Melambangkan taat setia kepada raja dan pemerintah.

           WARNA MERAH
           Melambangkan keberanian dan ketegasan diri menempuh cabaran dan dugaan semasa menimba ilmu.

           TIGA ROTAN BERTINDIH
           Lambang kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.

           CAKERAWALA
           Lambang kesatuan warga sekolah yang berbilang kaum memajukan masyarakat menuju era globalisasi.

           BENTUK GEOMETRI
           Lambang kepesatan teknologi.

           BUKU
           Lambang keazaman dan tekad untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

           COGAN KATA
           HIDUP BERILMU BERBAKTI, mengharapkan agar individu pelajar hidup dalam keadaan berilmu. Dengan ilmu yang
           telah dipelajari, dapat pula berbakti terhadap orang lain.


                                                              Keterangan lencana sekolah telah diilhamkan oleh;

                                                              En. Abd Aziz Bin Mohd Darus (SMKKS 2000-2009)





                                                              6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12