Page 9 - BUKU PENGURUSAN SMKKS 2021
P. 9

Buku Pengurusan dan Takwim SMKKS  2021


                                                      SEJARAH SEKOLAH

                  Sejarah SMK Kampong Soeharto telah bermula sejak tahun 1965 apabila sebuah sekolah bercirikan rumah
           Melayu  tradisional  didirikan  di  FELDA  Gedangsa.  Sekolah  ini  telah  didirikan  secara  bergotong-royong  oleh
           penduduk  kampung.  Bangunan  sederet  satu  blok  ini  dinamakan  Darjah  Menengah  Gedangsa  dan  Pengetua
           pertama yang mentadbir sekolah ini ialah Encik Kasim Khan bin South Khan. Beliau mentadbir sekolah ini dari
           bulan Januari 1965 hingga Disember 1971. Semasa era beliau juga sekolah ini telah ditukar nama menjadi Sekolah
           Menengah Sungai Dusun sebaik sahaja berpindah ke FELDA Sungai Dusun.

                  Pada  18  Mac  1970,  Presiden  Suharto  dari  Indonesia  telah  melakukan  lawatan  rasmi  ke  FELDA  Sungai
           Dusun  untuk  melihat  keberkesanan  Program  Pembangunan  Luar  Bandar  di  bawah  pengurusan  FELDA  atau
           Lembaga  Kemajuan  Tanah  Persekutuan  (LKTP).  Sempena  dengan  kunjungan  beliau,  nama  Sungai  Dusun  telah
           ditukar kepada FELDA Soeharto dan turut membawa penukaran nama sekolah seperti mana pada hari ini. Dari
           semasa ke semasa, bangunan sekolah telah ditambah dan mengalami perubahan seiring dengan perkembangan
           zaman juga untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah bukan saja dari FELDA Soeharto bahkan
           juga dari FELDA Gedangsa dan FELDA Sungai Tengi.

                  Pada tahun 1971, SMKKS sekali lagi telah dilawati oleh orang kenamaan iaitu DYMM Almarhum Sultan
           Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ke-8. Pada bulan Januari 1972, SMKKS mula ditadbir oleh Pengetua
           kedua  iaitu  En.  Mohd  Alim  bin  Ibrahim  yang  telah  berkhidmat  di  sekolah  ini  sehingga  Disember  1979.  Beliau
           kemudiannya  telah  digantikan  pula  oleh  Pengetua  ketiga,  En.  Mohd  Hanif  bin  Taif  yang  telah  berkhidmat  dari
           Januari 1982 hingga April 1982. SMKKS terus berkembang maju dan dipermodenkan atas inisiatif kerajaan yang
           memberi status sekolah bantuan penuh kerajaan. Serentak dengan itu juga, tiga blok baharu iaitu blok B, C dan D
           telah  didirikan.  Walau  bagaimanapun,  mulai  tahun  1982  juga  para  murid  dari  FELDA  Gedangsa  tidak  lagi
           bersekolah di SMKKS kerana mereka telah pun mempunyai sekolah sendiri.

                  Kecemerlangan sekolah ini diteruskan lagi oleh Pengetua selepas itu iaitu Pengetua keempat, En. Bajury
           bin Markum (dari April 1982 hingga April 1985), Pengetua kelima, En. Suhaimi bin Razikin (dari April 1985 hingga
           April 1987), Pengetua keenam, En. Sukor bin Ali (dari November 1987 hingga April 1993), Pengetua ketujuh, En.
           Mohd  Dali  bin  Mat  (dari  April  1994  hingga  Disember  1995).  Seterusnya,  Pengetua  kelapan,  iaitu  YM  Raja
           Mohammad bin Raja Abdullah (dari 20 Disember 1995 hingga ke hari persaraan beliau daripada perkhidmatan
           awam pada 31 Disember 2000). Pengetua kesembilan, Tn. Hj. Mohd Shafie bin Syed Mansor (dari 1 Januari 2001
           hingga 16 Ogos 2001), Pengetua kesepuluh, En. Ikhsan bin Othman (dari 21 September 2001 hingga 30 Mac 2002),
           sebelum bertukar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim sebagai pensyarah. Seterusnya,
           Pengetua kesebelas iaitu Tn. Hj. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim (dari 16 April 2003 hingga 15 April 2007). Beliau
           telah bertukar ke Biro Tata Negara (BTN) Cawangan Selangor dan dilantik sebagai Pengarah BTN Selangor.

                  Pengetua kedua belas, Tn. Hj. Mohamed Saballah bin Taib mula berkhidmat di sekolah ini mulai dari 16
           Mei 2007 telah melakukan perubahan besar dengan menaik taraf dan memindahkan pejabat dan bilik guru ke blok
           D, perpustakaan sekolah ke blok B. Pada tarikh 16 Februari 2009, beliau telah dinaikkan pangkat ke DG52 dan
           melaporkan diri di SMK Serendah selaku pengetua yang baharu di sekolah berkenaan. Kekosongan tempat beliau
           di sekolah ini telah diisi pula oleh En. Adam Sukarno bin Hj Mansor sebagai Pengetua yang ke-13. Beliau telah
           meneruskan agenda pembangunan, peningkatan prestasi akademik dan sahsiah murid serta bidang kokurikulum
           dengan cemerlang.

                  Pada tarikh mulai 1 Oktober 2012, beliau telah berpindah ke SMK Bagan Terap, Sabak Bernam sebagai
           Pengetua yang baharu di sekolah berkenaan. Beliau telah digantikan oleh Pengetua keempat belas iaitu Tn. Hj.
           Tajudin  bin  Yahya  (bermula  1  Disember  2012  sehingga  15  Disember  2019).  Pengetua  kelima  belas  pula,  En.
           Zulfakar bin Hj. Zainal Abidin mula berkhidmat di sekolah ini mulai dari 11 Mac 2019 sehingga kini.




                                                              8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14