Page 90 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 90

MISI PENGURUSAN KURIKULUM



                  1. Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang efektif dan berkesan


                  2. Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan akademik


                  3. Meningkatkan pengetahuan warga SMK Kamil dalam pelbagai bidang melalui

                      proses pembudayaan ilmu




                        DASAR KUALITI PENGURUSAN KURIKULUM



                  LATAR BELAKANG
                  Kurikulum adalah tugas utama bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini.
                  Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang merupakan

                  salah sebuah sekolah khas yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Dasar yang
                  ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini.

                  OBJEKTIF
                  Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan untuk;
                         Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
                         Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah

                         Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

                  PENYATAAN DASAR
                         Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan
                          dasar pendidikan kebangsaan
                         Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan

                          Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
                         Sebagai salah sebuah sekolah bestari, program pembestarian sekolah yang ditentukan oleh
                          Bahagian Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri akan dipatuhi sepenuhnya

                         Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum

                          semasa

                  MESYUARAT
                         Majlis Kurikulum Sekolah akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun
                         Agenda mesyuarat hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan
                         Mesyuarat Panitia - minimum 4 kali setahun





                Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengurusan Kurikulum                                       83
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95