Page 93 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 93
Pengurusan Panitia
Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya bawah pengawasan Guru Kanan
Semua Fail Pengurusan Panitia hendaklah disediakan dan dikemaskini oleh Ketua Panitia
Semua Panitia perlu membuat Perancangan Strategik, Pelan Taktikal, dan Pelan Operasi
Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV dan ETR
Guru Kanan perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG mengikut
prosedur kewangan semasa
ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
Dasar perbelanjaan dan perolehan akan diputuskan dalam Mesyuarat JK Kewangan Sekolah.
Setiap Panitia perlu mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar
kepada Guru Kanan.
Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa
Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan PCG tahun semasa
BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya
PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdP bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM
Guru dan pelajar boleh masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus
Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa
Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru bahasa masing-masing
Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS
Buku-buku rujukan percuma (Naskhah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia
PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
Semua program peningkatan akademik berfokus ke arah peningkatan kecemerlangan
dan kemenjadian murid
Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik membantu semua panitia dalam merancang
dan melaksanakan program peningkatan akademik
Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan untuk program akademik panitia berkenaan
Program Kecemerlangan Akademik turut melibatkan pelajar asrama dengan kerjasama
Unit HEM
PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
Perkembangan staf akan dilaksanakan mengikut keperluan
Guru yang menghadiri kursus mesti menyediakan minit curai
Guru berkenaan akan melaksanakan Latihan Dalaman
Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain
Kursus-kursus dalaman yang lain boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa LDP
Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengurusan Kurikulum 86

