Page 92 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 92
PROSEDUR GURU GANTI
Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkodkan oleh JK Jadual Waktu Guru Ganti
Guru yang bercuti / berkursus atau bertugas di luar mestilah menyedia / mengurus bahan PdP
dan mematuhi prosedur MMI yang telah diputuskan
Guru ganti perlu mendapatkan borang MMI dan bahan yang disediakan oleh guru
yang bercuti / berkursus untuk digunakan dalam PdP kelas yang diganti
WAKTU PERSEKOLAHAN RASMI
Ahad - Khamis 7.40 - 2.00 petang (Kelas KKQ: 3.20 - 4.30)
Waktu mungkin berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa dan
pakej mata pelajaran kelas tertentu
PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN / PEPERIKSAAN
Peperiksaan diadakan mengikut panduan takwim yang dikeluarkan unit penilaian dan
pentaksiran Jabatan Pendidikan Negeri bagi kelas-kelas yang tidak terlibat dengan PBS
Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi
Prosedur ujian adalah mengikut keperluan peperiksaan awam
Semua guru penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan soalan
mengikut JSU
Semua soalan mesti disemak dan disahkan oleh Guru Kanan atau Penolong Kanan
Pentadbiran sebelum dicetak
Markah peperiksaan dimasukkan dalam Sistem SAPS
Pelaporan murid diserahkan kepada murid dan ditandatangani oleh ibu bapa
Analisis item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Semua guru mestilah melaksanakan PBS dan PBD mengikut prosedur dan garis
panduan yang dikeluarkan oleh LPM dan BPK
Semua guru yang terlibat mesti mempunyai DSKP mata pelajaran yang diajarnya
Pencapaian pelajar mesti direkodkan dalam templat PBD
Guru subjek juga hendaklah menyediakan laporan TP murid kelas masing-masing
dan menyimpannya untuk semakan
PEMANTAUAN / PENCERAPAN
Pembelajaran dan Pengajaran
Pencerapan akan dilaksanakan minimum dua kali setahun mengikut jadual
Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru bawah panitia masing-masing
Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua
Pemantauan sentiasa dilaksanakan
Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengurusan Kurikulum 85

