Page 10 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 10
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putri
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putri telah dibuka pada 1 April 2003 setelah bangunannya disiapkan
dan diserahkan pada 13 Januari 2003.
Pada awalnya, sekolah ini diberi nama SMK Kota Kulai 2. Nama ini diambil sempena pemaju perumahan
pertama taman perumahan iaitu Taman Kota Kulai. Pada 6 September 2005, nama sekolah telah ditukar
kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putri, selaras dengan lokasinya yang berada di dalam
persekitaran Taman Putri, Kulaijaya.
Pada awal pembukaannya, terdapat 15 buah kelas dengan enrolmen murid seramai 458 orang dan guru
seramai 23 orang. Murid ambilan pertama berasal dari SMK Sultan Ibrahim, SMK Munshi Abdullah, SMK
Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Kota Kulai 1.
Sehingga November 2018, jumlah kelas telah meningkat kepada 52 kelas dan enam kelas Pendidikan Khas,
dengan enrolmen murid mencapai 1272 orang dan tenaga guru seramai 101 orang. Staf sokongan pula
berjumlah 13 orang. Setakat ini, enam orang pengetua telah menerajui kepimpinan sekolah iaitu :
Bil Tahun Pengetua
1 1 Jun 2003 – 28 September 2004 Tuan Haji Adris bin Suiff
2 16 Oktober 2004 – 9 Februari 2008 Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor
3 10 Februari 2008 – 14 Oktober 2009 Encik Mastura Aladdin bin Masro
4 15 Oktober 2009 -31 Jan 2013 Puan Shamiah binti Ismail
5 1 Feb 2013 – 5 Oktober 2014 Tn Hj Muhammad Malack b Muhd Said
6 1 Disember 2014 – Kini Pn Hjh Lily Bu bte Abdullah
Keluasan sekolah ini ialah 14.31 ekar dan sewaktu sekolah ini dibuka, ia dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan yang canggih seperti berikut :
1 Bilik Pengetua
4 Bilik Penolong Kanan
1 Bilik Pejabat
1 Bilik Guru
1 Bilik Guru Kanan Mata Pelajaran
1 Bilik Rehat Guru
1 Bilik BBM
1 Bilik Mesyuarat
33 Bilik Darjah
1 Dewan Kecil
1 Bilik Sejarah
1 Bilik Pendidikan Seni Visual
1 Bengkel Pembuatan
10

